2012/08/26

RENCANA

                   Kebanjiran novel picisan dalam pasaran Malaysia
                   Oleh : Nur Adhila Zamri

   Sejajar dengan era globalisasi kini, banyak lambakan novel picisan dalam pasaran yang sedikit sebanyak mencemarkan nilai sekaligus memburukkan kualiti seni penulisan sastera. Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, picisan bermaksud sesuatu yang rendah mutunya dan juga tidak berharga. Manakala novel picisan bermaksud novel yang tidak mengandungi sebarang keilmuan dan pengetahuan ,sebaliknya humor yang melalaikan, hiburan, pornografi dan keganasan yang melampau . Sebagai memperkukuhkan lagi pernyataan tersebut ,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan lagi demi kebaikan bersama.
 
   Kita dapat menyaksikan bahawa, kos pembelian novel picisan yang murah mempengaruhi minat remaja untuk membeli bahan bacaan picisan tersebut. Hal ini kerana, harga novel-novel picisan adalah jauh lebih murah berbanding novel yang berunsurkan  ilmiah. Harga untuk novel picisan hanyalah sekitar RM6 hingga RM15 sebaliknya novel-novel ilmiah ada yang mencecah ratusan ringgit. Disebabkan hal itu, remaja-remaja dapat memperoleh novel-novel picisan ini dengan cepat dan mudah sekaligus menaikkan minat mereka untuk mengumpul novel picisan untuk dijadikan bahan bacaan sewaktu masa lapang. Sesungguhnya, kos pembelian novel picisan yang murah mempengaruhi minat remaja untuk membeli novel picisan.
 
   Pada hemat saya, kecenderungan para penerbit yang berlumba-lumba untuk menerbitkan novel atau buku picisan ini sehingga menjadi lambakan di kedai-kedai buku adalah menjadi faktor yang menggalakkan kebanjiran novel picisan dalam pasaran. Memandangkan keadaan yang sedemikian, lahirlah ramai penerbit yang mengarang novel dengan mengabaikan tatabahasa, mengaplikasikan bahasa rojak di dalam karya mereka lantas merosakkan keindahan bahasa ibunda kita ;bahasa melayu . Hal ini kerana, penerbit hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dengn mencipta karya yang sarat dengan cerita mengenai masalah harian, masalah sosial  dan percintaan di bangku sekolah. Karya-karya picisan ini lebih mudah mendapat tempat dihati pembaca. Keadaan ini tentunya membawa kesan negatif dan sekaligus menyekat minda masyarakat dan remaja untuk berfikir secara kritis, kreatif dan lebih rasional. Justeru, kecenderungan para penerbit yang berlumba-lumba untuk menerbitkan novel picisan yang menjadi lambakan di kedai-kedai buku adalah faktor kebanjiran novel picisan dalam pasaran Malaysia.
 
   Umum mengetahui bahawa, novel-novel dan buku picisan mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni. Ilustrasi gambar yang mengisi halaman novel menarik minat pembaca untuk membeli novel picisan tersebut. Warna-warna yang terang seperti hijau ,indigo, merah jambu dan jingga menarik perhatian pembaca ketika berkunjung ke kedai-kedai buku. Sebaliknya, novel-novel ilmiah hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh sesetengah pembaca novel. Hal ini kerana, bahan-bahan ilmiah hanya dicetak hitam putih sahaja tanpa sebarang gambar sampingan dimana-mana halaman muka surat novel ilmiah. Lazimnya, masyarakat dan remaja meminati sesuatu yang berbeza, yang mempunyai kepelbagaian dari segi bentuk dan warna dan semua itu sudah semestinya terkandung dalam novel picisan. Jelaslah disini bahawa novel-novel picisan yang mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni mampu menyumbang kepada faktor kebanjiran novel picisan dalam pasaran.
   
   Usaha pasti akan membuahkan hasil sekiranya pelbagai langkah yang kreatif dan efektif dilakukan segera untuk mengurangi kebanjiran atau lambakan novel picisan di negara kita. Antara langkah tersebut ialah menaikkan taraf novel-novel ilmiah iaitu kita perlu ada strategi yang kukuh untuk menarik minat remaja untuk membeli novel ilmiah. Atas usaha tersebut, kita perlu merancang promosi besar-besaran bagi memberi maklumat kepada orang ramai tentang kemunculan novel ilmiah baru  dan memberi potongan harga  untuk mengurangkan sedikit kos pembeliannya. Pelaksanaan promosi untuk jualan novel atau buku-buku ilmiah hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh. Usahlah kita melaksanakannya secara hangat-hangat tahi ayam.
   
    Bagi meningkatkan permintaan novel-novel ilmiah dipasaran Malaysia sekaligus mengurangkan lambakan novel picisan, para penerbit hendaklah berfikiran matang dan inovatif untuk mengubah-suai serta menceriakan lagi keadaan novel-novel ilmiah yang hendak dipasarkan. Para penerbit hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk menarik minat remaja untuk membacanya. Sebagai contoh, pihak penerbit dan pencetak boleh mewarnakan ilustrasi novel ilmiah tersebut. Hal ini kerana gambar sampingan yang dipaparkan dapat membantu pembaca memahami jalan cerita sekaligus membuatkan pembaca seronok untuk mengikuti jalan cerita seterusnya.

    Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, masyarakat dan remaja seharusnya sedar akan kesan-kesan negatif bahan bacaan dan novel picisan agar masyarakat di negara Malaysia dapat mengasah minda untuk berfikir jauh dan tidak tertutup dek novel picisan agar Malaysia terus membangun menjadi negara maju. Usahlah kita biarkan bahan bacaan picisan yang berasal dari Barat ini menjajah kita semula seperti zaman dahulu kala.



2012/05/12

Sakit pulak hati kita nehhhh ;O



 Hate when our memories flash in my mind.
I didnt ask, but they keep coming.
Ways you treat me before, place we went.
Ah its keep flashing in my mind..

I do regret that 8 months we waste.
Congratulation for heartaches we been through.
All for now, Peace-be-upon-on-youJ

2012/04/30


bukan senang,
nak
buang atau padam nama seseorang.
itu sama seperti,
mencuba sepuas hati,
memadam sepatah perkataan pada sekeping kertas yang ditulis dengan sebatang pen.
sedang kita tahu,
pemadam tak akan mampu memadam dakwat pen.
tapi kerana terdesak,
kita terus memaksa.
akhirnya?
bukan nama yang terpadam,
tapi kertas yang terkoyak.

ya,
nama itu akan kabur,
tapi kesan pada kertas itu,
akan kekal, dan tetap ada.
nak buat apa?
mintak hati baru. T_T


credit to; entah gua lupa nama dia apa *peace yaw

2012/04/25

Thanks-- Sy dah sembuh .


Wanna share ya something..
ahah, dalam awal bulan 3 aku dengan dia putus. Seriously, it aint easy to forget about him doh.
SignsHesNotThe1; bila korang mintak break dia waklek wakpeaces.
then after  few week ago, dia dah pun ada peganti aku. Mula dapat tahu dari adik angkat, tapi after selidik sendiri  baru nampak sendiri. Sedih ar jugak bila ingat kau dulu tebar janji macam tebar roti canai ..senang jeh kan? XD
but at the same time ,I’d met someone .hes special, yeah I admit .dia ajar macam mana nak forget someone, how to tabah , blablabla.
he lend me his heart too--
tapi rasa macam , I couldn’t ever had him. Rasa macam dia boleh hilang sekelip mata jeh .

anyway thanks for being here
 
COPYRIGHT♥2011. ALL RIGHT RESERVED by NUR ADHILA ZAMRI